Majlis bermula jam 6.35 petang dengan solat maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Romizi Ismail diikuti dengan solat Hajat. Seterusnya bacaan Surah Yaa Sin secara berjemaah dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah. Sementara itu, Ustaz Romizi berpesan kepada semua pelajar Terbilang dalam tazkirah ringkas agar pelajar berusaha, ikhitar, doa dan bertawakkal sebagai resepi kejayaan dunia dan akhirat.
“Jadikan belajar dan segala perbuatan sebagai ibadah untuk bekalan di alam yang lain kerana di alam lain itu nanti wang ringgit tidak berguna lagi, yang dikira adalah hanya amalan di dunia ini” Kata Ustaz Romizi.
Tambahnya lagi, “Ilmu sangat penting agar amalan yang dilakukan diterima oleh Allah, Jika beramal tanpa ilmu tidaklah menjadi, Jika banyak harta sekalipun dan ilmu tiada maka harta juga tiada nilai dan akan habis serta menjurus kepada ke arah kemaksiatan”.
Dalam ucapan aluan Dr. Ishak berpesan kepada anak-anak Terbilang agar terus berusaha dan berdoa agar kejayaan yang cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa. Beliau berharap agar pelajar Terbilang akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang serta mendapat keputusan yang boleh cemerlang dalam peperiksaan SPM akan datang. Turut hadir guru-guru Terbilang yang mengajar Subjek-subjek Peringkat SPM iaitu Bahasa Melayu (Cikgu Mahathir), Bahasa Inggeris (Cikgu Hidayah), Sains (Cikgu Razak), Biologi (Cikgu Norol), Fizik (Cikgu Marziana), Kimia (Cikgu Jaya), Matematik dan Matematik Tambahan (Cikgu Ishak) dan Sejarah (Cikgu Adib).
Majlis berakhir sekitar jam 9.00 malam dengan semua tetamu dihidangkan jamuan ringan. Pengagihan air zam-zam yang di bekalkan oleh syarikat pembekalan rasmi air zam-zam Negeri Sarawak, S.Y. Kaizen Trading, oleh Pengurusnya, Ustaz Yahya Bakri. Sebanyak 90 botol (500ml/botol) diagihkan kepada pelajar dan ibubapa dalam majlis tersebut. Semoga dengan keberkatan keajiaban air zam-zam dapat membantu meningkatkan kerohanian pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan yang penting ini.
Pihak pengajur mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan menjayakan majlis tersebut terutama bekalan air zam-zam untuk pelajar-pelajar Terbilang. Semoga pemberi sumbagan tersebut dimurahkan rezeki dan dikurniakan oleh Allah SWT kesihatan yang baik dan semoga pelajar Terbilang juga menperolehi kejayaan yang cemerlang. Amiinn.