SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022
Arahan: Ujian ini mengandungi 8 soalan. Jawab Semua Soalan
1. Sekolah Kebangsaan Seri Angsana telah mengutip RM 20 000 melalui program Hari Keusahawanan.
2. Pasukan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap dalam keretapi itu.
3. Ibu sudah melipat kain itu petang semalam walaupun keletihan selepas balik dari Kuala Terengganu.
4. Kami telah menunaikan permintaan jurulatih untuk menang dalam pertandingan bola tampar itu.
5. Tuan Pengetua telah menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada beberapa orang guru pagi semalam.
6. Transformasi pendidikan berjaya melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif dan inovatif.
[6 markah]
Soalan 6: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i). Generasi muda yang mempunyai ide bernas untuk pembangunan negara perlu membimbing kerana mereka akan menjadi tonggak kemajuan negara pada masa depan.
(ii). Syarikat otomotif yang mula beroperasi pada tahun 2012 telah berjaya mencapai sasar jualan kereta sebanyak 2000 unit pada tahun ini.
(iii). Individu yang hendak mengambil makanan penambahan berasaskan cendawan perlu merujuk kepada doktor atau ahli fermasi.
[6 markah]
Soalan 7 : Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i). Kebanyakan filem-filem yang dihasilkan oleh karyawan tempatan di negara ini selalu mendedahkan tema cinta muda mudi.
(ii). Pak Samad sedang mentafsir kerugian yang dialaminya setelah tanamannya musnah di dalam kejadian banjir semalam.
(iii). Para hakim terpesona mendengar hujah-hujah yang cukup panas dilontarkan oleh pembahas kedua daripada pasukan Kolej Tunku Abdul Rahman dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan.
[6 Markah]
Soalan 8 : Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa di bawah.
(i). seperti abu di atas tunggul.
(ii). bagai cincin dengan permata.
(iii). di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
[6 Markah]