KUCHING – Pertubuhan Kepimpinan dan Keterbilangan PelajarSarawak (PKKPS) dan Pusat Tuisyen Terbilang dengankerjasama Pejabat Kawasan Muara N16 menganjurkanBengkel Matematik dan Sains SPM 2023 yang berlangsung sepanjang cuti sekolah dari 18 hingga 29 Disember 2023. Program bertujuan memantapkan lagiprestasi pelajar SPM dalam subjek Matematik dan Sainsdisamping menerapkan kepentingan penguasaanpelajar dalam bidang STEM dipertingkatkan.

Menurut Pengerusi PKKPS, Dr. Ishak Johari yang juga Pengarah Pusat Tuisyen Terbilang, anjuran program berkenaan dengan kerjasama Pejabat Kawasan ADUN Muara Tuang, telah menarik minat pelajar yang bakalmenduduki peperiksaan bertulis SPM awal bulanFebruari 2024 untuk menguasai dua mata pelajaranpenting berkenaan.

Program yang bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang itu dilaksanakan secara hybrid di dua cawanganPusat Tuisyen Terbilang secara serentak selama duaminggu dengan 2 siri berbeza iaitu 18 – 22 Disember siri1 dan 25 – 29 Disember siri 2. Para peserta dibahagikankepada 20 orang pelajar setiap kumpulan bersama 2 orang Guru Pakar, Matematik dan Sains. Program initelah menarik seramai 380 orang peserta.

Ia bertujuan untuk memantapkan penguasaan subjekmatematik dan sains yang kini minat pelajar agak kritikaldalam kalangan pelajar kita. Lebih-lebih lagi dalamkalangan anak-anak yatim, keluarga asnaf dan B40 yang tidak mampu untuk mengambil tuisyen secaraberterusan.

Jelasnya, program ini sudah dimulakan sejak tahun2012, kini telah memberi manfaat kepada lebih 3,000 pelajar di Parlimen Petra Jaya, Kuching dan Kota Samarahan.

Program-program seumpama ini perlu diperkasakanlagi dalam memastikan penguasaan pelajar dalambidang STEM dapat dipertingkatkan,” Ujar Dr. Ishak lagi

Turut Hadir di Majlis Penutupan program itu PuanNurhidayah Seetha Abdullah, Pengetua Pusat TuisyenTerbilang dan Puan Sabrina Jassie yang mewakiliADUN Muara Tuang, YB DatoSeri Idris Buang bagimenyampaikan Sijil Penyertaan kepada para peserta.