Jam 11 Pagi 3 orang pegawai Jabatan Pendidikan Sarawak Telah Membuat Lawatan Ke Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Sukma yang akan beroperasi Januari 2017. Lawatan ini adalah langkah kedua prosedur mendapatkan perakuan pendaftaran menjadikan Pusat Tuisyen Berdaftar. Kami bersama arkitek menunggu ketibaan mereka untuk membuat pemeriksaan selama sejam.

Pegawai JPN Membuat Lawatan dan Pemeriksaan Sebelum Perakuan Pendaftaran Dikeluarkan


Biasanya di Sarawak, untuk membuka sebuah pusat tuisyen memang rumit. Jabatan yang terlibat termasuklah:
1. Jabatan Land & Survey – Mereka akan memberi kelulusan status bangunan lot commercial kepada education purposed. – Permohonan perlulah menyediakan: 
– 6 Pelan yang diendos oleh arkitek – bayaran kepada arkitek 
– Pelan endos dari JPN 
– Land Title individu/parel lot dari Developer
– Abstract Title dari Land Servey
– Sale & Purchases Agreement
– Bangunan Perjanjian Sewa 
– Operation Permit (OP) bangunan Dari DBKU 
– Surat Kebenaran dari Pemilik bangunan 
Dokumen-dokumen ini akan disubmit kepada Land & Survey untuk kelulusan dan biasanya jika tiada masalah mereka akan beri kelulusan operasi selama 5 tahun dengan bayaran premium tertentu. 

2. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Bahagian Pendidikan Swasta (Sebelum, Semasa dan Selepas Daftar) 
– Mengisi semula borang permohonan menubuh cawangan 
– Menyediakan 6 plan yang di endos oleh Arkitek bertauliah 
– Menyediakan Kertas kerja yang meliputi pengurusan. Pengelola, Pengetua, Kerani dll beserta dokumen sokongan seperti Ijazah, Diploma, Pengalaman, Kelayakan Iktisas, Salinan Kad Pengenalan, dll yang diminta.

Pintu Belakang dan Sign ‘KELUAR’ adalah syarat utama kelulusan mendapatkan Perakuan

Kami sedang menunggu kelulusan Surat Kelulusan dan sokongan JPN dan kembali satu salinan kepada Land & Survey, barulah menunggu 60 hari untuk kelulusan tukar lot commercial kepada ‘education’ purposed’. langkah seterusnya ialah:-

3. BOMBA – Keselamatan, Sign ‘Keluar, Emergency light dan Sijil Fire Extinguisher perlu disediakan. Pembahruan setahun sekali 

4. DBKU – Perakuan/Lesen Niaga,  – Pembaruan setahun sekali 

5. SSM – Tambah Cawangan, Urusan Setiausaha Syarikat, Meeting AGM, Laporan ke SSM setahun sekali 

6. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) – Tax dan GST – Setahun sekali berakhir 31 Disember. Kami Juga melantik Akauantan Bertauliah untuk menguruskan Akaun Syarikat. Idris Ibrahim & Co. ialah yang mengurtuskan cukai syarikat dan individu termasuk pengarah dan pekerja. Manakala Juru Audit kami melantik juga Idris, Ibrahim & Co.  sebagai Juru Audit Betauliah.

Semua Aspek Keselamatan Pelajar dan Guru Perlu Sebelum Memulakan Kelas Tuisyen

Selain itu, kos renovation anggaran sebanyak RM50,000.000 perlu disediakan untuk membuat renovation pusat tuisyen yang memenuhi kehendak Land & Survey dan Jabatan Pendidikan dan BOMBA. Yang paling penting lot bangunan bukan status kediaman tetapi mesti status commercial dan mempunyai laluan masuk dan keluar depan dan belakang. 
1. Tiling 
2. Partition – gipsumboard 9mm, termasuk pintu solid Syiling 
3. Wiring – Electrical works Aircond Kipas 
4. Perabut (Meja, kerusi pengetua, sofa, kaunter, whiteboard, Kerusi pelajar, meja pelajar dll) 
5. Mesin Potostat 
6. Stationary 
7. Signboard 

Selepas semua proses dikikuti baru mula operasi. Pusat Tuisyen perlu menyediakan Dokumen2 kepada JPNS 
1. Laporan Kutipan Bulanan Yuran (Setiap Januari, April, Julai dan Disember) 
2. Mohon permit guru yang mengajar 
3. Mohon Pengelola, Pengetua dan Pekerja/kerani 
4. Renew Perakuan Pendaftaran 5 tahun sekali/setahun sekali 

Bukan semudah kata-kata untuk membina perniagaan tuisyen, banyak prosedur dan peraturan ketat oleh agensi kerajaan. Kini pusat tuisyen yang ada banyak beroperasi secara haram (beroperasi tidak bedaftar) mereka terlepas dari cukai/tax kerajaan. Pihak berwajib harus perlu peka kepada pusat tuisyen beroperasi secara haram kerana keselamatan pelajar akan terancam jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Leave a Reply